Sabtu, 22 September 2012

CARA SETTING ICOM V8000/ IC 2200


Langkah-Langkah Memasukkan Frenkuensi Repeter
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Untuk Masukan minus (-) dan simbol togel (tone)
- tekan 7 - utk dapatkan simbol (-)
- tekan Function -
- tekan 7 - untuk dapatkan simbol (togel)
Untuk Masukan Plus (+)
- tekan 8
- tekan Function
- tekan 8
5. Pilih nilai tone dan Minus (Cth - 600)
- Tekan Set B (berulang kali sehingga jumpa menu tone dan minus yang dikehendaki)
- Untuk dapat nilai tone/minus yang betul -tekan anak panah turun naik
Bila dah dapat semuanya tekan ptt
6. Untuk masukkan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
7. Akhir sekali tekan MR/Call
Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi Simpleks

Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Tone/Minus tak perlu set
5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call

Rabu, 19 September 2012

100 CONTOH SOALAN RAE


Contoh Soalan RAEPDFPrintE-mail
1. Peraturan-peraturan asas Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah untuk menguruskan stesen radio amatur ada
terdapat di dalam:
a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa
b) Peraturan-peraturan Radio Amatur Antarabangsa
c) Peraturan-peraturan Spektrum Antarabangsa
d) Akta Radio Amatur Antarabangsa
2. Yang manakah di antara stesen radio amatur berikut ditakrifkan sebagai stesen yang bekerja dengan satelit radio amatur?
a) Stesen satelit radio amatur
b) Stesen bergerak radio amatur
c) Stesen mudahalih radio amatur
d) Stesen bumi radio amatur
3. Tanggungjawab anda sebagai pemegang lesen radio amatur adalah anda mestilah:
a) membenarkan lain-lain pengendali radio untuk mengendalikan stesen anda atas permintaan
b) hadir apabila stesen dikendalikan
c) bertanggungjawab bagi pengendalian stesen yang betul menurut peraturan-peraturan radio komunikasi
d) memberitahu Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sekiranya terdapat lain-lain amatur yang bertindak sebagai pengendali stesen anda
4. Stesen radio amatur hanya boleh digunakan untuk berhubung dengan:
a) lain-lain stesen radio rangkaian persendirian
b) lain-lain stesen penyiaran
c) lain-lain stesen radio amatur
d) sebuah stesen radio haram
5. Awalan "callsign" bagi peruntukan radas stesen amatur Kelas A yang menetap di Sarawak ialah:
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2
6. Bagi tujuan kawal seliaan, dunia ini telah, dibahagikan oleh Kesatuan Tekomunikasi Antarabangsa (ITU) kepada wilayah-wilayah yang setiap satunya diperuntukkan spektrum radio yang berbeza. Di wilayah manakah Malaysia diletakkan?
a) Wilayah 1
b) Wilayah 2
c) Wilayah 3
d) Wilayah 4
7. Awalan "callsign" antarabangsa yang diperuntukan untuk Malaysia bagi semua stesen yang terdedah kepada hubungan umum antarabangsa dan lain-lain stesen yang berkemampuan menyebabkan gangguan memudaratkan yang melampaui I, sempadan Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (lTU) ialah:
a) 9WAA hingga 9WZZ
b) 9MAA hingga 9MZZ
c) 9M0 hingga 9M9
d) pilihan (a) dan (b) di atas
8. Apakah definisi bagi Perkhidmatan Radio Amatur?
a) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh individu selain dari pemberi perkhidmatan telekomunikasi
b) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh orang yang bukan professional
c) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh juruteknik bagi maksud latihan diri sebagai pengumum radio
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi maksud latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh amatur
9. Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000. Berapakah jumlah yuran tahunan bagi Stesen Pengulang Radio Amatur?
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 30.00
d) RM 120.00
10. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur adalah sesuatu yang:
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang yang tidak melibatkan; diri secara professional dalam bidang radiokomunikasi
c) digunakan secara eksklusif bagi menyediakan perhubungan dua hala sehubungan dengan aktiviti-aktiviti pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) digunakan sebagai keutamaan bagi perhubungan kecemasan ketika banjir, gempa bumi dan bencana yang seumpamanya
11. Sebelum mengendalikan stesen radio amatur di dalam kenderaan, anda mestilah:
a) memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan nombor pendaftaran kenderaan anda yang telah dipasang dengan kelengkapan radio amatur
b) memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang hasrat anda itu
c) memiliki peruntukan radas stesen amatur yang sah
d) memperoleh permit dan "callsign" tambahan
12. Pengendali radio amatur boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya kecuali:
a) berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) berhubung dengan angkasawan ketika beredar mengelilingi bumi
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran kepada orang awam
d) memberi bantuan ketika kecemasan dan bencana alam dengan menyediakan perhubungan bilamana perkhidmatan perhubungan biasa gagal atau tidak dapat digunakan
13. Takrifkan "Peak Envelope Power":
a) Bermaksud kuasa yang dibekalkan ke antena oleh penerima radio dalam keadaan tanpa modulatan
b) Bermaksud kuasa purafa yang dibekalkan ke talian-talian penghantaran antena oleh suatu pemancar semasa satu kitar frekuensi radio pada rabung tertinggi dari sampul termodulat yang diambil dalam keadaan kendalian biasa
c) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke talian-talian penghantaran antena dalam keadaan tanpa modulatan
d) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke antena dalam keadaan dimana kuasa tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada kehidupan
14. Kuasa keluaran maksima yang dibenarkan dari stesen radio amatur Kelas A ialah:
a) 300 Watt PEP
b) 400 Watt PEP
c) 500 Watt PEP
d) 9000 Watt PEP
15. Stesen radio amatur yang dikendalikan dari tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukan radas stesen amaturnya dipanggil:
a) Stesen radio amatur terkhusus
b) Stesen pangkalan
c) Stesen bergerak
d) Stesen mudahalih
16. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
c) Pesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
17. Pemodulatan frekuensi menggunakan suara diistilahkan sebagai:
a) F1A
b) F3C
c) F2A
d) F3E
18. Apakah umur minima yang dibolehkan bagi seseorang untuk mengambil Peperiksaan Radio Amatur di Malaysia?
a) 12 Tahun
b) 14 Tahun
c) 18 Tahun
d) Tiada had umur minima
19. Peraturan 27(1) dari Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 menyatakan bahawa:
a) tiada seorang pun boleh memancarkan mana-mana bahagian dari spektrum frekuensi melainkan jika orang itu dilesenkan
b) tiada seorang pun boleh menialankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang ditetapkan melainkan jika orang itu diperakui
c) tiada seorang pun dibenarkan mengendalikan sebarang kelengkapan radio amatur melainkan jika kelengkapan tersebut diperakui oleh S1RlM
d) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam perkhidmatan radio amatur melainkan jika orang itu mampu untuk mengendalikan suatu stesen radio amatur dengan betul
20. Peraturan yang manakah bukan peraturan subsidiari bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?
a) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000
b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Perlesenan) 2000
c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
d) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penyiaran) 2000
21. Aturan yang betul bagi pertukaran "callsign" pada permulaan dan akhiran suatu penghantaran ialah:
a) "callsign" pihak yang satu lagi diikuti dengan "callsign" anda
b) "callsign" anda diikuti dengan "callsign" pihak yang satu lagi
c) "callsign" anda, diulang dua kali
d) "callsign" pihak yang satu lagi, diulang dua kali
22. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF atau UHF, anda perlu diam seketika di antara "over" bagi membolehkan:
a) laluan bagi pesanan penting dan kecemasan
b) stesen lain untuk turut serta dalam "QSO"
c) untuk menyejukkan pengulang
d) Jawapan a) dan b) diatas
23. Dalam suatu perhubungan telefoni, adalah disarankan agar:
a) bercakap secepat yang mungkin bagi melegakan frekuensi
b) bercakap sangat perlahan dengan menggunakan fonetik sekerap yang mungkin
c) menggunakan kod "Q" sekerap yang mungkin
d) bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat
24. Apabila membuat panggilan "CQ" adalah menjadi amalan baik untuk:
a) menggunakan frekuensi yang sedang digunakan oleh stesen yang lemah
b) sentiasa menggunakan “CW"
c) hanya memanggil stesen-stesen “DX"
d) mempastikan yang frekuensinya adalah lega (tidak digunakan) sebelum memulakannya
25. Apa yang harus anda lakukan apabila anda mendengar dua stesen sedang ber "QSO"?
a) Menyampuk perbualannya tanpa mengetahui apa yang sedang rnereka perbincangkan
b) Dengar dahulu dan setelah mengetahui intipati "QSO" tersebut mohonlah untuk turut serta dan mulalah bercakap mengenai hal lain
c) Menyampuk dan mulakan perbincangan mengenai hal lain
d) Dengar dulu dan sekiranya anda rasa anda boleh menyumbang kepada "QSO" tersebut, mohonlah untuk turut serta dan berbuallah dengan merangsangkan lagi perbincangan tersebut
26. Maklumat apakah yang kebiasaannya terkandung di dalam buku log stesen?
a) Tarikh dan masa bagi setiap perhubungan
b) Jalur dan/atau frekuensi bagi setiap perhubungan
c) "Callsign" bagi stesen yang dihubungi dari laporan isyarat "RST" yang diberikan
d) Kesemua jawapan yang di atas
27. Kandungan (maklumat) yang direkodkan dalarn buku log stesen mestilah disimpan untuk tempoh:
a) sekurang-kurangnya 6 Bulan
b) sekurang-kurangnya 1 7 Tahun
c) sekurang-kurangnya 2 Tahun
d) selama-lamanya
28. Nada standard yang digunakan untuk pegulang-pengulang radio amatur di Malaysia ialah:
a) 67.0 Hz
b) 103.5 Hz
c) 203.5 Hz
d) 250.3 Hz
29. Pengulang kebiasaannya beroperasi dalam mod yang mana:
a) AM
b) FM
c) SSB
d) CW
30. Satelit mengandungi "transponder" yang menyalurkan semula:
a) hanya isyarat-isyarat "CW"
b) hanya isyarat-isyarat "FM"
c) semua mod modulatan
d) isyarat-isyarat digital sahaja
31. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan pengulang?
a) Kekalkan "over" singkat bagi membolehkan pengguna lain mencapainya
b) Kekalkan "over" selama mana yang anda suka
c) Bincangkan perkara-perkara termasuk politlk, seks dan agama
d) Mencapai pengulang tersebut tanpa memberikan "callsign" anda
32. Apabila bekerja dengan Satelit Amatur anda haruslah:
a) menggunakan kuasa maksima yang dibenarkan
b) memeriksa antena anda untuk resonan pada frekuensi yang dipilih
c) menggunakan kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan perhubungan yang boleh diharapkan
d) menggunakan pernproses ucapan dan jeritlah untuk penembusan yang lebih besar
33. "QRT" bermaksud:
a) Tutup tamat
b) Berjaga jaga
c) Pemudaran
d) Kuasa rendah
34. Perkataan "CW" adalah singkatan untuk?
a) Kod Morse
b) Panggilan menunggu
c) Gelombang terus-menerus
d) "Carrier Weight"
35. Apakah kod "Q" yang betul bagi "apakahlokasi anda?"
a) QSY
b) QSP
c) QRP
d) QTH
36. Kod "Q" yang betul bagi "adakah isyarat saya memudar?" ialah:
a) QSD
b) QSB
c) QRN
d) QRH
37. Salah satu alasan kenapa anda harus mengelakkan daripada menggunakan ungkapan selanga atau kombinasi perkataan perkataan bagi mengenal pasti stesen anda ialah:
a) ianya tidak mudah difahami oleh amatur lain yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris
b) mereka mungkin menyinggung perasaan amatur lain yang berbahasa lnggeris
c) mereka tidak memenuhi keperluan pengenalan SKMM
d) mereka berkemungkinan diterjemahkan sebagai kod-kod atau tulisan rahsia bertujuan untuk mengaburkan maksud pengenalan anda
38. Yang mana satukah di antara pilihan berikut adalah penggunaan salah bagi abjad fonetik antarabangsa?
a) Alfa
b) Beta
c) Charlie
d) Delta
39. Yang mana satukah di atara pilihan berikut menggunakan abjad fonetik antarabangsa yang betul bagi mengeja perkataan "SHIP"?
a) Singapore Hawaii Italy Paris
b) Santiago Honolulu India Paris
c) Sierra Hotel Italy Papa
d) Sierra Hotel India Papa
40. Litar "Squelch" atau bisuan pada alat penerima VHF adalah untuk:
a) menyekat keluaran audio melainkan jika stesen itu sedang menerima
b) memampatkan isyarat suara mendatang untuk membuatkan ianya lebih difahami
c) mengurangkan hingar cetusan audio disebabkan oleh pancaran kilat
d) mengurangkan hingar pada isyarat mendatang
41. Laporan kebolehbacaan "R2" menandakan:
a) ketidakbolehbacaan
b) hanya boleh dibaca dengan sedikit kesukaran
c) sangat sukar dibaca dan sangat bising
d) boleh dibaca dengan sempurna
42. Laparan isyaraf "5 9 9" diberikan bila isyarat yang diterima mempunyai:
a) kekuatan isyarat yang lemah dengan nada "C W" yang baik
b) kekuatan isyarat yang baik tetapi nada "C W" yang lemah
c) nada "CW yang tidak boleh dibaca sama sekali
d) isyarat nada yang boleh dibaca sepenuhnya, kuat dan jelas
43. Laporan "S" dalam kod "RST" diperolehi daripada:
a) tahap kuasa dari isyarat yang dipancarkan
b) kelajuan pada mana "CW" dihantar
c) tahap gangguan pada jalur
d) bacaan pada penunjuk "meter S" penerima
44. Apa itu pelan jalur?
a) Garispanduan sukarela yang dibangunkan oleh SKMM yang membolehkan penggunaan mod -mod pengendalian yang berbeza di dalam suatu jalur amatur
b) Garispanduan lengkap daripada SKMM untuk menentukan jalur frekuensi amafur
c) Satu pelan jadual pengendalian di dalam jalur amatur yang diterbitkan oleh SKMM
d) Suatu pelan yang difikirkan oleh suatu kelab sebagai penggunaan terbaik suatu jalur frekuensi ketika suatu pertandingan
45. Apabila perkhidmatan amatur adalah pengguna sekunder bagi suatu jalur dimana perkhidmatan lain adalah merupakan pengguna utamanya, ini bermakna:
a) tiada makna sama sekali, semua pengguna mempunyai hak sama rata untuk mengendali
b) pihak amatur mungkin boleh menggunakan jalur tersebut ketika kecemasan sahaja
c) jalur tersebut mungkin boleh digunakan oleh amatur dengan syarat mereka tidak mencetuskan gangguan memudaratkan kepada pengguna utamanya
d) anda mungkin boleh meningkatkan kuasa pemancaran untuk rnengatasi sebarang gangguan yang disebabkan oleh pengguna utamanya
46. Untuk keselamatan kelengkapan, sebelum anda menghidupkan kelengkapan radio amatur, anda haruslah mempastikan yang kelengkapan tersebut telah disambungkan kepada;
a) suatu unit bekalan kuasa tak diatur
b) suatu antenna atau satu beban semu
c) suatu bateri yang telah dicas sepenuhnya
d) Jawapan a) dan b) di atas
47. Yang mana di antara yang berikut adalah cara terbaik unfuk memasang antenna anda berhubung dengan talian atas kuasa elektrik?
a) Sentiasa pastikan wayar antenna anda adalah lebih tinggi dari talian kuasa dan melintasinya pada sudut 90 darjah
b) Senitasa pastikan antenna dari talian suapan anda adalah jelas, bebas dari sebarang talian kuasa
c) Sentiasa pastikan antenna anda adalah lebih rendah daripada talian kuasa dan melintasinya pada sudut yang kecil
d) Hanya menggunakan antenna menegak dalam lingkungan 100 kaki dari talian kuasa
48. Apakah amalan terbaik untuk melindungi kelengkapan radio amatur anda daripada disambar kilat?
a) Menggunakan penebatan berat pada pendawaiannya
b) Tidak mematikan-kelengkapan tersebut
c) Tanggalkan sistem pembumian daripada semua radio
d) Tanggalkan kesemua sambungan talian kuasa dan sambungan antena dari kelerigkapan tersebut
49. Sebagai langkah keselamatan dalam setiap pemasangan radio adalah menjadi amalan baik:
a) untuk hanya menggunakan perpaipan plastik bagi pembumian
b) untuk menpgunakan perpaipan logam yang fak dibumikan
c) tidak membumikan semua bekas logam
d) memasang satu kunci keselamatan utama yang diketahui oleh semua penghuni rumah
50. Apakah wayar terbaik untuk digunakan bagi pendawaian kelengkapan radio?
a) Sebarang wayar yang tersedia
b) Sebarang wayar yang berpenebat
c) Wayar yang berpenebat dengan kadaran arus dan voltan yang bersesuaian
d) Wayar yang tak berpenebat
59. Apakah nama aliran bagi elektron di dalam suatu litar elektrik?
a) Voltan
b) Rintangan
c) Kemuatan
d) Arus
52. "Potentiometer" adalah merupakan:
a) Meter Volt
b) Perintang boleh ubah
c) Meter pelbagai
d) Meter berkemuatan
53. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui suatu rintangan bila votfan & Volt dikenakan. Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere, anda haruslah:
a) meningkatkan bekalan ke 12 Volt
b) menurunkan bekalan ke 3 Volt
c) menyambungkan satu perintang 12S1 secara selari dengan rintangan sediada
d) menyambungkan satu perintang 6d2 secara selari dengan rintangan sediada
54. Bermula dari satu puncak positif, berapa kalikah suatu gelombang sinus harus melintasi paksi sifarnya dalam melengkapkan satu kitaran lengkap?
a) 8 kali
b) 4 kali
c) 2 kali
d) 1 kali
55. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10 mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh rintangan litar 100 kΩ?
a) 1 Watt
b) 10 Watt
c) 1, 000 Watt
d) 10,000 Watt
56. Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:
a) Tembaga, Emas dan Mika
b) Emas, Perak dan Kayu
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
d) Tembaga, Aluminium dan Kertas
57. Faktor Q bagi Iitar resonan akan menentukan:
a) kerugian bagi litar tersebut
b) nilai kemuatan yang diperlukan untuk resonan
c) nilai kearuhan yang diperlukan untuk resonan
d) nilai bagi arus yang meningkat menerusi gegelung dan pemuaf ketika resonan
58. Regangan bagi suatu pemuat akan:
a) kekal malar dengan perubahan frekuensi
b) meningkat dengan peningkatan frekuensi
c) menurun dengan peningkatan frekuensi
d) meningkat dengan penurunan frekuensi
59. Jenis litar pengayun yang manakah yang kebiasaannya digunakan dalam suatu VFO?
a) Pierce dan Zener
b) Colpitts dan Hartley
c) Armstrong dan de Forest
d) Suap balik negatif dan suap balik terimbang
60. Mengapa anda perlu menggunakan fius?
a) Untuk menghasilkan liter pintas apabila terdapat terlalu banyak arus di dalam liter
b) Untuk menukar arus terus kepada arus ulang alik
c) Untuk menukar arus ulang alik kepada arus terus
d) Untuk menghasilkan litar terbuka apabila terdapat terlalu banyak arus di dalam liter
61. Pemuat dan pengaruh menentang arus ulang alik. Ini dikenali sebagai:
a) rintangan
b) resonan
c) kealiran
d) regangan
62. Bagaimana anda boleh menentukan kadar had-terima elektrikal bagi suatu perintang karbon?
a) Dengan menggunakan meter gelombang
b) Dengan menggunakan kod warna perintang
c) Dengan menggunakan teorem "Thevenin" untuk perintang
d) Dengan menggunakan kod "Baudot"
63. Dimanakah tenaga disimpan di dalam suatu pemuat yang dicaskan?
a) Voltan yang merintasi terminal-terminalnya
b) Arus yang dikenakan kepada pemuaf
c) Medan elektrik di antara plat-platnya
d) Bentuk kemagnetannya
64. Suatu liter yang terdiri daripada empat diod yang menghasilkan penerus gelombang penuh "DC" daripada sebuah pengubah dipanggil:
a) Liter terseimbang
b) Penerus titi
c) Beban semu
d) Pengatur
65, Sebuah litar pelicin menggunakan pengaruh dan pemuat adalah merupakan suatu standard bagi:
a) Penuras laluan rendah
b) Pengatur voltan
c) Penerus
d) Pembezalayan
66. Diod boleh digunakan di dalam:
a) Penerus bekalan kuasa
b) Pengesan isyarat
c) Meter kekuatan medan
d) Semua yang di alas
67. Untuk membolehkan suatu transistor silikon mengalir;
a) pemancar tapaknya mestilah berat ke depan dengan 0. 6 Volt
b) tapaknya mestilah disambungkan ke pemancarnya
c) pengumpulnya mestitah disambungkan ke pemancarnya
d) tapak mendulunya mesti diputuskan
68. Kawasan bagi Suatu diod simpang dimana tiada lubang bebas atau tiada kewujudan elektron dipanggil,
a) Anod
b) Katod
c) Kawasan susufan
d) Semikonduktor
69. Suatu penguat audio adalah perlu bagi suatu penerima kerana:
a) isyarat yang meninggalkan pengesan adalah lemah
b) frekuensi pembawanya mesti diganti
c) isyaratnya memertukan penyahmodulatan
d) Isyarat RF tidak boleh didengari oleh telinga manusia
70. Suatu penerima dengan kememilihan tinggi mempunyai:
a) lebar jalur yang lebar
b) julat talaan yang lebar
c) lebar jalur yang sempit
71. Suatu peringkat pada penerima dirnana litar masukkan dan keluarannya ditala kepada frekuensi yang diterimanya adalah:
a) Penguat RF
b) Pengayun tempatan
c) Penguat frekuensi audio
d) Pengesan
72. Suatu penerima superheterodin bagi penerimaan "SSB" mempunyai pengayun sisipan untuk:
a) menggantikan pembawa tertindas untuk pengesanan
b) memberhentikan secara beransur-ansur isyarat jalur sisi yang tak dikehendaki
c) mengurangkan jalur laluan bagi peringkat IF
d) merentak bersama pembawa yang diterima untuk menghasilkan jalur sisi yang lain
73. Sebutan heterodin digunakan untuk menggambarkan:
a) percampuran dua isyarat
b) kebolehtahanan terhadap suhu bagi suatu peranti
c) keadaan apabila voltan adalah sefasa dengan arus
d) keadaan bagi resonan
74. Apakah jenis pancaran yang dihasilkan oleh pemancar telefon radio yang menggunakan pemodulat terimbang diikuti dengan penuras laluan jalur 2.5 kHz?
a) PM
b) AM
c) SSB
d) FM
75. Penekanan kekunci suatu pemancar boleh mengakibatkan percikan pada sesentuh suis kekunci, oleh itu:
a) hanya litar berkuasa tinggi harus ditekan kekuncinya
b) hanya pengayun harus difekan kekuncinya
c) hanya antena sahaja yang harus ditekan kekuncinya
d) ia seharusnya hanya berlaku pada tahap dimana kuasa atau arus adalah pada kedudukan minima
76. Litar yang membentuk asas kepada "synthesizer" frekuensi ialah:
a) Gelung terkunci fasa
b) Kawalan gandaan automatik
c) Pengayun frekuensi rentak
d) Penguat kuasa
77. Penguat kuasa RF di dalam suatu pemancar biasanya ditala ke:
a) frekuensi pengayun tempatan
b) fekuensi "BFO"
c) frekuensi keluaran pemancar
d) frekuensi modulatan
78. Untuk mengekalkan frekuensi keluaran VCO yang stabil dari suatu `synthesizer'; voltan kawalan yang disuapkan ke pengayun mestilah dihasilkan daripada:
a) suatu diod "varicap"
b) suatu pembanding fasa
c) suatu pengatur voltan tetap
d) suatu pembahagi voltan
79. Apakah itu gelombang elektromagnetik?
a) Arus ulang. alik di dalam teras suatu elektromagnet
b) Suatu gelombang yang mengandungi dua medan elektrik pada sudut kanan di antara satu sama lain
c) Suatu gelombang yang mengandungi satu medan elektrik dan satu medan magnet pada sudut kanan di antara satu sama lain
d) Suatu gelombang yang mengandungi dua medan magnet pada sudut kanan di antara satu sama lain
80. Perbezaan dalam kekuatan isyarat yang diterima akibat dari perubahan secara perlahan-lahan dalam perbezaan panjang laluan adalah dipanggil:
a) Serapan
b) Meluntur
c) Turun-naik
d) Kerugian laluan
81. Jarak langkau adalah istilah yang berkaitan dengan isyarat yang melalui ionosfera. Kesan tangkau adalah disebabkan oleh:
a) pemantulan dan biasan dari ionosfera
b) pelunturan terpilih dari isyarat tempafan
c) antena gandaan tinggi yang digunakan
d) penufupan awan tempatan
82. Gelombang elektromagnetik adalah tercipta oleh:
a) arus RF ulang-alik di dalam suafu anfena
b) solenoid magnet
c) pembesar suara audio
d) voltan DC
83. Apakah itu "balun"?
a) Suatu peranti untuk memadankan suatu falian tak seimbang bagi membekalkan kuasa ke suatu beban seimbang atau sebaliknya
b) Suatu peranfi untukmemada nkan galangan di antara dua talian sepaksi
c) Suatu peranti yang digunakan untuk menyambungkan mikrofon kepada pemodulat seimbang
d) Suatu pengimbanglawan yang digunakan dengan sistem pemutar azimut atau dongakkan
84. Jika pemancar anda menghantar isyaraf di luar daripada jalur yang sepatutnya ia pancarkan, ini dipanggil?
a) Pemancaran luar frekuensi
b) Penyerpihan pemancar
c) Nada sisi
d) Pancaran "Spurious"
85. Jika kestabilan frekuensi bagi suatu pemancar adatah lemah, ia mungkin mengakibatkan:
a) kejutan elektrik
b) pengendalian di luar jalur
c) lesapan pengumpul yang berlebihan
d) kuasa yang berlebihan akan ditarik daripada bekalan
86. lnfermodulatan yang disebabkan oleh penguat "SSB" lelurus adalah akibat daripada:
a) pemacuan lampau bagi aras kuasa penguat
b) frenkuensi pengendalian yang terlampau tinggi
c) herotan harmonik
d) dua frekuensi pemodulatan terjadi pada masa yang sama
87. Kejituan frekuensi bagi suatu penghantaran amatur boleh diperiksa menggunakan:
a) suatu meter junam yang peka
b) pengayun penanda hablur rujukan
c) suatu meter SWR
d) suatu meter serapan gelombang
88. Harmonik ganjil pertama dari 145.05 MHz ialah:
a) 48.35 MHz
b) 290.10 MHz
c) 435.15 MHz
d) 725.25 MHz
89. Suatu antena dipasang dilalukan berhampiran dan selari dengan suatu talian kuasa "overhead", ini akan memungkinkan terjadinya:
a) penghasilan gangguan "borne" utama
b) penjanaan harmonik
c) pemodulatan 50 Hz pada semua isyarat
d) kuasa yang kurang berkesan
90. Bagi mencegah penyuap kepada suatu antena daripada memancar, ia seharusnya:
a) sepanjang yang mungkin
b) dipotong pada panjang setepatnya
c) ditapis dan drbumikan
d) dilalukan berhampiran dengan antena
91. Pembumian bagi suatu stesen amatur adalah diperlukan untuk:
a) menghasilkan isyarat yang baik
b) meminimumkan voltan-voltan RF yang tidak dikehendaki pada penyuap dan kelengkapan
c) untuk mancegah kebocoran pembumian utama
d) membolehkan kelengkapan untuk beroperasi dari punca bateri
92. Tujuan menguruskan keserasian elektromagnetik (EMC) adalah untuk:
a) mencegah pencemaran spectrum RF
b) menggafakkan penghantaran kuasa tinggi
c) tidak menggalakkan pembangunan radio amatur
d) menyahpeka penerima-penerima radio
93. Apabila membangunkan suatu stesen radio amatur buaf kali pertamanya disuatu kawasan baru, pengendalinya haruslah:
a) menggunakan kuasa maksima untuk menilai bantahan gangguan daripada jiran-jirannya
b) menilai kemungkinan terjadinya gangguan terhadap kelengkapan domestiknya
c) hanya menggunakan antena dalaman sahaja
d) hanya beroperasi dengan menggunakan kuasa bateri sahaja
94. Suatu meter serapan gelombang boleh digunakan untuk memeriksa:
a) pemodulatan lampau
b) lampau beban penerirna
c) isyarat pinggir jalur
d) membetulkan pemilihan harmonik daripada litar pendara6
95. Pengayun junam adalah sejenis:
a) Penjana isyaraf RF
b) Osiloskop sinar katod
c) Meter pembalik
d) Meter watt RF I
96. Apakah itu beban semu?
a) Suatu penyinar isotrofik
b) Suatu beban tidak menyinar bagi suatu pemancar
c) Suatu antena yang digunakan sebagai rujukan bagi pengukuran gandaan
d) lmej bagi suatu antena yang ferletak di bawah bumi
97. Apakah alatan terbaik untuk memeriksa kualiti isyarat yang dipancarkan dari suatu pemancar telegrafi atau pemancar jalur sisi tunggal?
a) Osiloskop
b) Meter kekuatan medan
c) Monitor nada sisi
d) Satu kuar diod dan salu penguat audio
98. Apakah jenis isyarat masukan yang perlu digunakan untuk menguji "Peak Envelope Power" dari suatu pemancar SSB ketika memerhatikan keluarannya dengan menggunakan osiloskop?
a) Ucapan biasa
b) Satu frekuensi audio gelombang sinus
c) Dua frekuensi audio gelombang sinus
d) Satu frekuensi audio gelombang segiempat sama
99. Sumber tenaga bagi sebuah alatubah mestilah disambungkan kepada:
a) belitan sekundernya
b) belitan primernya
c) pada terasnya
d) pada ptet-pletnya
100. Peningkatan dalam kuasa dari 0.25 Watt ke 1.25 Watt adalah bersamaan dengan gandaan sebanyak:
a) 1 dB
b) 3 dB
c) 7 dB
d) 10 dB
JAWAPAN
1. B 2. D 3. C 4. C 5. A 6. C 7. D 8. D 9. A 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. B 16. B 17. C 18. B 19. B 20. D 21. A 22. D 23. D 24. D 25. D 26. D 27. C 28. C 29. B 30. C 31. A 32. C 33. A 34. C 35. D 36. B 37. D 38. B 39. D 40. A 41. C 42. D 43. A 44. A 45. C 46. B 47. B 48. D 49. A 50. C 51. D 52. B 53. B 54. C 55. B 56. C 57. D 58. C 59. B 60. D 61. D 62. B 63. C 64. B 65. C 66. D 67. A 68. C 69. D 70. A 71. D 72. D 73. A 74. C 75. D 76. A 77. C 78. B 79. C 80. B 81. A 82. B 83. A 84. D 85. B 86. C 87. D 88. C 89. A 90. C 91. B 92. A 93. B 94. A 95. A 96. B 97. B 98. A 99. B  100. C    

Khamis, 13 September 2012

MENGEMBARA MELALUI SISTEM SATELIT





View Larger Map



Sabtu, 8 September 2012

Q kod

Berikut disenaraikan sedikit Q-Qode yang diterima pakai utk kegunaan komunikasi di repeater:
QRA : Nama stesen/handle anda
QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)
QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk
QRM : Ganguan dari stesen lain
QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power
QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low powerQRT : Berhenti memancar
QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)
QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia
QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @ standby
QRZ : Siapa yg memanggil
QSA : Kekuatan signal (S1-S9)
QSP : Menyampaikan mesej
QST : Perhatian semua stesen
QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lainQTH : Lokasi anda
QTR : Masa (jam)
QRG : Frekuensi yang lazim digunakan semasa
QSO:73 : Salam bahagia/salam sejahtera
jalopy : kereta
XYL : IsteriYL : Wanita tanpa mengira umurHarmonic : Anak
WX : Keadaan cuaca

Anda perlu tahu apakah itu radio amatur???

1.Sepuluh Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Radio Amatur1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.
6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)


7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


8. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan..


9. Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


10. Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

RAE


Panduan pertama(RAE)

Salam, seperti yang dijanjikan sebelum memulakan kata seterusnya ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menduduki peperiksaan radio amatur (RAE).

Topik yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut:
    (i) teori asas elektrik, elektronik dan radiokomunikasi ;(ii) teori dan pengendalian apa-apa kelengkapan radio amatur termasuklah sistem antena, talian pemancar, transistor, penguat dan modulasi frekuensi dan teknik-teknik jalur sisi tunggal ; (iii) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang terpakai bagi penubuhan dan pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur ; dan (iv) Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa yang terpakai bagi pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pengendalian stesen secara am.
[Pin. P.U. (A) 261/2001]


Panduan kedua (RAE)

Peperiksaan radio amatur bukanlah untuk menyusahkan anda, sebenaryna ia mengajak saudara untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang akan timbul setelah anda menceburi dalam bidang radio amatur.Ingatlah pada ungkapan amatur bermaksud baru atau perintis tapi pada hakikatnya amalan dan gerak kerja yang dilakukan oleh pengamal radio amatur boleh di katogerikan sebagai suatu gerak kerja yang profesional.

Satu kes kehilangan kakitangan ukur di Brincang Gua Musang, Kelantan beberapa tahun lepas, badan-badan yang terlibat dalam gerakan mencari tak mampu untuk berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan frekuensi radio kerana kawasan bergunung ganang. Mujurlah ada rakan ham yang terlibat dalam operasi ini dan di bina repeater bergerak maka dapatlah berkomunikasi diantara anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. Pada hemat saya teknik yang dilakukan oleh rakan kita itu adalah tindakan yang profesional bukannya amatur. Apa boleh buat amatur adalah nama bagi kegiatan rakan ham dan ianya bukan menggambarkan setiusi sebenar kegiatan yang dilakukan oleh rakan ham, apa kata kita sebut saja radio ham, elok juga rasanya.

Salah satu yang anda akan bertemu ialah kebocoran frekuensi semasa anda QSO. Apabila berlaku sedemikan ianya akan menggangu chanel lain, dengan ini anda memerlukan asas elektrik dan elektronik untuk
menyelesaikannya.

Saya mengingatkan diri saya dan juga anda jangan sekali-kali menggangu frekuensi atau dengan kata lain menekan ptt semasa rakan sedang QSO. Ini adalah perilaku yang tidak beretika. Pada hemat saya mungkin audio yang didengar itu tidak secucuk dengan naluri kita, kita monitor lama-lama akan menjadi boring dengan
ini tercetus idea yang tak baik iaitu untuk menggangunya. Nasihat saya sekiranya setuasi begini berlaku
ada baiknya anda berpindah ke chanel lain atau tutup radio anda.

Ingatlah saudara bahawa denda yang menanti adalah sebanyak RM300,000.00 sekiranya didapati bersalah
menggangu frekuensi. Ada baiknya wang sebanyak itu dihadiahkan kepada persatuan radio amatur untuk
mendirikan repeater bagi kegunaan ramai. Satu repeater homebrew lebih kurang RM2000.00 kiralah
berapa unit repeater yang dapat didirikan dengan wang sejumlah itu.

Mungkin anda berpendapat MCMC tak dapat kesan gangguan yang anda lakukan itu. Sebenaryna pendapat anda salah, setiap kegiatan pengamal radio amatur adalah dikawal selia oleh MCMC. Ingatlah badan pemantau itu mempunyai peralatan terkini dan jika perlu mereka boleh kesan di mana gangguan sedang berlaku.

Satu perkara lagi ialah paging, walau pun dalam peraturan dibolehkan melakukannya semasa rakan
sedang QSO kadang kala paging boleh menganggu topik QSO rakan-rakan. Sekiranya anda tiada apa-apa kecemasan atau perkara yang sangant penting cuba elakkan dari berbuat demikian.Perbuatan tersebut lebih kurang sama dengan rangkap yang berbunyi 'bercerai dibolehkan dalam islam tapi perbuatan ini sangat di benci disisi Allah'. Maaf ini adalah sekadar pendapat peribadi saya sahaja, sekiranya anda tidak bersetuju sila abaikannya.

Maafkan saya sekiranya artikal ini menjadi celoteh buat anda. Dalam sepanjang saya bergiat dalam radio
amatur perkara-perkara tersebutlah yang sering berlaku dan menghantui rakan-rakan ham masa kini.

Panduan ketiga (RAE)

Saya bukan ahli sastera sekiranya bahasa yang saya gunakan sukar difahami
harap dimaafkan. Setiap tajuk atau istilah saya akan sertakan dengan contoh
soalan RAE yang telah lepas. Saya bukan hendak menunjuk pandai tapi sekadar
mengulang kaji apa yang saya pelajari sebelum ini, kata pepatah memenafaatkan
ilmu yang dipelajari sebelum ini semuga ianya tidak menjadi sia-sia. Sekiranya terdapat
apa-apa kelemahan silalah bantu saya. Terima kasih.

Elektrik:

Pengalir: Suatu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Bahan pengalir terbaik mengikut susunan adalah seperti berikut:
1. Emas
2. Perak
3. Tembaga
4. Aluminium

Contoh soalan yang mungkin di tanya adalah seperti berikut.

1. Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:

a) Tembaga, Emas dan Mika
b) Emas, Perak dan Kayu
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
d) Tembaga, Aluminium dan Kertas

Cuba bandingkan jenis logam yang saya sebutkan di atas yang mana kualitinya
mengikut susunan. No 1 adalah terbaik dan no 4 adalah kurang baik.Jawapan adalah
c).

Penebat: Suatu bahan yang tidak membenarkan arus eletrik mengalir melaluinya
Bahan penebat adalah seperti kayu, kaca, kertas atau dengan kata lain bahan
yang bukan berunsur logam.

Arus: Adalah suatu pergerakan atau aliran elektron di dalam satu bahan pengalir.
Ukurannya adalah dalam Ampere.

Contoh soalan berkaitan dengan arus.

2. Apakah nama aliran bagi elektron di dalam
suatu litar elektrik?

a) Voltan
b) Rintangan
c) Kemuatan
d) Arus

Jawapan soalan ditas adalah d)

Kiraan berkaitan dengan arus;


3. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui
suatu rintangan bila votan 6 Volt dikenakan.
Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere,
anda haruslah:

a) meningkatkan bekalan ke 12 Volt
b) menurunkan bekalan ke 3 Volt
c) menyambungkan satu perintang 12S1 secara
selari dengan rintangan sediada
d) menyambungkan satu perintang 6d2 secara
selari dengan rintangan sediada

Soalan diatas berdasarkan logik sahaja dan tidak perlu membuat kiraan menggunakan
hukum ohm.
Disini saya menggunakan matematik rengkas.
0.5 amp = 6 volt.
oleh itu 0.25 = 0.5 / 0.25 x 6
= 3
jadi jawabnya 3 volt. Jawapan bagi soalan diatas adalah b)

4. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10
mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh
rintangan litar 100 kilo Ohm?

a) 1 Watt
b) 10 Watt
c) 1, 000 Watt
d) 10,000 Watt

Sila ambil perhatian, formula watt adalah seperti berikut

Watt= IxIxR

I=Arus
R=Rintangan

Simbol yang perlu anda ingat.
GIGA (G) = 1.000.000.000
MEGA (M) = 1.000.000
KILO (k) = 1.000
MILLI (m) = 0.001
MIKRO (µ) = 0.000.001
NANO (n) = 0.000.000.001
PIKO (p) = 0.000.000.000.001

Cara penyelesaian

Arus= 10mA
Kena tukar ke Amp = 10/1000 = 0.01amp
Rintangan=100 kilo ohm
1000 ohm = 1 kilo
Kena tukar ke ohm 100x1000=100,000 ohm.

Untuk mendapatkan watt gunakan formula diatas

0.01x0.01x100,000 = 10
Dengan ini jawabnya 10 watt dan b)

Soalan tambahan dari saya. Mungkin soalan berbunyi begini:
-Apakah unit yang digunakan untuk mengukur suatu pengaliran arus di dalam satu bahan pengalir.
a) Ampere
b) Volt
c) Ohm
d) Handry

Sila rujuk kepada penerangan di atas untuk mendapatkan jawapannya. Sekiranya tak boleh silalah hubungi saya.

Panduan keempat (RAE)

Pendekatan yang saya gunakan adalah secara ringkasan sahaja. Kalau hendak di ceritakan
secara ditel rasanya tak dapat dihabiskan topik yang ditetapkan kerana masa yang ada
hanya lah dua bulan sahaja dengan tarikh peperiksaan. Untuk maklumat
tambahan anda di galakkan membuat rujukan pada buku yang berkaitan dengan
topik yang dibincangkan.

EMF (ELECTROMOTIVE FORCE)
EMF adalah suatu tenaga yang mempunyai cas negative dan cas positif untuk
menggerakkam letron supaya arus letrik dapat mengalir.

BEZA UPAYA (POTENTIAL DIFFERENCE)
Pergerakan letron dari tekanan tinggi ke tekanan randah.

Tenaga yang digunakan untuk menggerakkan letron (EMF) di ukur menggunakan
meter volt dan dibaca dalam unit VOLT.

Contoh soalan adalah seperti berikut:

1. "Potentiometer" adalah merupakan:
a) Meter Volt
b) Perintang boleh ubah
c) Meter pelbagai
d) Meter berkemuatan

Apakah jawapannya? Tentulah b)

Panduan kelima (RAE)

Radiokomunikasi

Setiap keterangan atau tajuk disusuli dengan contoh soalan, sekiranya
ulasan yang saya berikan itu sukar difahami silalah tulis komen anda
dalam ruangan "comments" yang terletak diatas tandatangan saya.
Respon anda adalah dialu-alukan, sekian terima kasih. 73

Callsign bagi negara Malaysia adalah seperti berikut:

Sem Malaysia - KELAS A - 9M2
Sem Malaysia - KELAS B - 9W2
Sabah - KELAS A - 9M6
Sabah - KELAS B - 9W6
Sarawak - KELAS A - 9M8
Sarawak - KELAS B - 9W8

Contoh soalan seperti berikut.
1. Awalan "callsign" bagi penruntukan radas
stesen amatur Kelas A yang menetap di
Sarawak ialah:
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2


Yuran tahunan
KELAS A RM36.00
KELAS B RM24.00
PANCAR ULANG RM60.00
Yuran pendaftaran sebanyak RM60.00 dikenakan bagi setiap lesen.

Contoh soalan seperti berikut.
2.Berdasarkan kepada peraturan-peraturan Komunikasi
dan Multimedia (Spektrum)
2000. berapakah jumlah
yuran tahunan bagi
 Stesen Pengulang Radio Amatur?
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 30.00
d) RM 120.00

MENGENAI RADIO AMATUR
AKTA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA (SPECTRUM)
PERATURAN 2000:
PERKHIDMATAN RADIO KOMUNIKASI
(TERMASUK TERRESTRIAL & SATELITE)
DIMANA KEGUNAAN STESYEN ADALAH UNTUK
TUJUAN LATIHAN SENDIRI, BERKOMUNIKASI &
UJIKAJI TEKNIKAL YG DIJALANKAN DGN
KEBENARAN & INGIN MENDALAMI TEKNIK
RADIO ATAS USAHA PERIBADI & TIADA PUNYAI
NIAT NIAT YG LAIN.
Petikan dari ASTRA

Contoh soalan seperti berikut.

3. Apakah definisi bagi Perkhidmatan Radio
Amatur?
a) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh individu selain dari pemberi
perkhidmatan telekomunikasi
b) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh orang yang bukan
professional
c) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh juruteknik bagi maksud
latihan diri sebagai pengumum radio
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi
maksud latihan diri, interkomunikasi dan
penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh
amatur


Untuk mengendalikan stesyen radio amatur.
-Memiliki lesen peruntukan radas (Apparatus assignment)
yangsah.
-Dikeluarkan oleh SKMM. Suatu badan yang bertanggung
jawab keatas sistem komunikasi.

Contoh soalan seperti berikut.
4. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur
adalah sesuatu yang:
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk
dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang
yang tidak melibatkan; diri secara
professional dalarri bidang
radiokomunikasi
c) digunakan secara eksklusif bagi
menyediakan perhubungan dua hala
sehubungan dengan aktiviti-aktiviti
pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) digunakan sebagai keutamaan bagi
perhubungan kecemasan ketika banjir,
gempa bumi dan bencana yang
seumpamanya

PROSEDUR PEMASANGAN
Setelah memiliki lesen yang sah anda boleh
memiliki peralatan seperti berikut, dengan syarat
hanya satu sahaja boleh beroperasi dalam satu satu masa.
-STESYEN DIPENGKALAN (BASE)
-STESYEN MOBIL: OPERASI DALAM
KENDERAAN.
-MUDAH ALIH (PORTABLE) - OPERASI
-SELAIN DARI ALAMAT DLM LESEN.
-STESYEN BUMI - SATELIT RADIO

Contoh soalan seperti berikut.
5. Sebelum mengendalikan stesyen radio
amatur di dalam kenderaan, anda mestilah:
a) memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan
nombor pendaftaran kenderaan anda yang
telah dipasang dengan kelengkapan radio
amatur
b) memberitahu suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia tentang hasrat anda
itu
c) memiliki penruntukan radas stesen amatur
yang sah
d) memperoleh permit dan "callsign"
tambahan

Untuk sesi ini dan seterusnya jawapan bagi setiap soalan
tulisannya ditebalkan.

Panduan ke enam (RAE)

Radiokomunikasi (Sambungan)

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR
(AROC)
MEMBUKTIKAN MEMPUNYAIM PENGALAMAN
YANG BAIK DALAM BIDANG & OPERASI STESYEN
RADIO DGN BETUL & BERTANGGUNG JAWAB
DIBAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG.

Petikan dari ASTRA

1. Tanggungjawab anda sebagai pemegang
lesen radio amatur adalah anda mestilah:
a) membenarkan lain-lain pengendali radio
untuk mengendalikan stesen anda atas
permintaan
b) hadir apabila stesyen dikendalikan
c) bertanggungjawab bagi pengendalian stesyen
yang betul menurut Peraturan-peraturan
Radiokomunikasi
d) memberitahu Kementerian Tenaga, Air den
Komunikasi sekiranya terdapat lain-lain
amatur yang bertindak sebagai pengendali
stesyen anda



RUJUKAN CALLSIGN MENGIKUT NEGERI
DI MALAYSIA YANG DI UNTUKKAN OLEH ITU.
-SEM.MALAYSIA - KELAS A - 9M2
-SEM.MALAYSIA - KELAS B - 9W2
-SABAH - KELAS A - 9M6
-SABAH - KELAS B - 9W6
-SARAWAK - KELAS A - 9M8
-SARAWAK - KELAS B - 9W8
Dari data di atas dapatlah kita menbuat rumusan bahawa
9WAA ke 9WZZ dan 9MAA ke 9MZZ adalah di untukkan
kepada negara Malaysia.

Contoh soalan adalan seperti berikut:
2. Awalan "callsign" antarabangsa yang
diperuntukan untuk Malaysia bagi semua
stesyen yang terdedah kepada hubungan
umum antarabangsa dan lain-lain stesyen yang
berkemampuan menyebabkan gangguan
memudaratkan yang melampaui I, sempadan
Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa (lTU) ialah:
a) 9WAA hingga 9WZZ
b) 9MAA hingga 9MZZ
c) 9M0 hingga 9M9
d) pilihan (a) dan (b) di atas



PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN SEMASA MENGENDALIKAN
RADIO AMATUR
-Tidak boleh digunakan bagi tujuan komersal.
-Membuat penghebahan atau siaran umum.
-Menyiarkan lagu.
-Politik, ugama dan perkara-perkara luncah
-Menyinggung perasaan rakan ham yang lain


Contoh soalan seperti berikut:
3. Pengendali radio amatur boleh melakukan
aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya
kecuali:
a) berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) berhubung dengan angkasawan ketika
beredar mengelilingi bumi
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran
kepada orang awam
d) memberi bantuan ketika kecemasan dan
bencana alam dengan menyediakan
perhubungan bilamana perkhidmatan
perhubungan biasa gagal atau tidak dapat
digunakan



PERKARA YANG DIBENARKAN
-Berkomunikasi Dengan Radio HF Seluruh Dunia.
-Berkomunikasi Mengunakan Radio VHF/UHF.
-Memberi Khidmat Komunikasi Ketika Bencana.
-Pembuatan Radio, Pancaran, Penerimaan &
Antena.
-Berkomunikasi di Orbit Satelit Tanpa Kos.
-Kajian: ATV, Slow Scan TV & Hantaran Gambar
Mengunakan Faksimili,

Petikan dari ASTRA

Berdasarkan fakta diatas komunikasi yang boleh
dilakukan hanya sesama rakan amatur.

Contoh soalan adalah seperti berikut:
4. Stesyen radio amatur hanya boleh digunakan
untuk berhubung dengan:
a) lain-lain , stesyen radio rangkaian persendirian
b) lain-lain stesyen penyiaran
c) lain-lain stesyen radio amatur
d) sebuah stesyen radio haram



STESYEN DIPENGKALAN (BASE)
Bermaksud radas yang dipasang dan digunakan pada alamat
yang tercatat di dalam lesen yang dikeluarkan oleh SKMM

Contoh soalan adalah seperti berikut:
5. Stesyen radio amatur yang dikendalikan dari
tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam
penruntukan radas stesyen amaturnya dipanggil:
a) Stesyen radio amatur terkhusus
b) Stesyen pangkalan
c) Stesyen bergerak
d) Stesyen mudahalih



UNTUK MENGENDALI RADIO AMATUR
-Mestilah memiliki lesen peruntukan radas (Apparatus Assigment)
-Dikeluarkan dan dikawal selia oleh SKMM

Contoh soalan adalah seperti berikut:
6. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio
amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia
c) Pesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Dalam page ini tidak mencukupi ruang untuk nota seterusnya. Anda dinasihatkan supaya rujuk kepada Labels di bawah tajuk NOTA RAE. Sekian dimaklumkan dan terima kasih.