ARAHAN SMS KEPADA GPS TRACKER

Arahan GPS TRACKER (HANYA MELALUI SMS)

CARA SETTING PERTAMA KALI

Masukkan sim yang aktif ke dalam gps.

Pastikan set gps anda telah siap dgn pemasangan bekalan kuasa. Sambungkan wayar ke sumber bateri kenderaan anda. Gunakan khidmat mekanik wiring yang mahir.

Tunggu 3 minit untuk membolehkan gps mencari rangkaian komunikasi dan menerima isyarat satelit. Lampu hijau atau biru akan menyala menandakan gps telah berjaya disambung ke rangkaian gps dan satelit di angkasa.

Gunakan hp anda. Sms "begin123456" ke nombor sim gps anda.


Gps akan reply "begin ok!"  menunjukkan gps sudah bersambung ke sistem satelit.

Sms ke gps "admin123456 0139864477"  jika anda mahu buat admin. Masukkan no hp anda sendiri selepas kod 123456 itu. Gps akn reply ""admin ok!" menandakan afmin telah berjaya disetting. Anda boleh buat sebanyak 5 admin utk kawal gps anda.


Kini gps anda telah berfungsi dan boleh digunakan beri arahan2 yg berkaitan. Sila rujuk buku panduan yg disertakan di dalam kotak.

Berikut adalah arahan2 berbentuk sms yg boleh diberi kpd gps anda :

"move123456"

Digunakan ketika anda meninggalkan kereta di tempat parking awam atau di rumah anda pada waktu malam. Jika kereta cuba dilarikan, anda terus menerima sms lokasi terkini daripada GPS setiap 5 minit lengkap dengan kelajuan kereta anda ketika dilarikan. 

"nomove123456"

Digunakan sebelum anda mula memandu kereta anda selepas anda parking.

"shock123456"

Digunakan untuk mengesan gangguan terhadap kereta anda. Sekiranya kereta anda menerima kesan gegaran atau hentakan, gps akan segera menghantar isyarat "alarm sensor: ke hp anda untuk anda membuat tindakan susulan. Anda boleh juga menggunakan mode ini jika mahu meletakkan GPS sebagai penggera di pintu rumah anda. Sekiranya pintu rumah anda cuba dibuka ketika anda meninggalkan rumah, GPS akan menghantar alarm sensor ke HP anda dalam tempoh 30 saat setelah menerima isyarat daripada kesan gegaran pintu. Anda boleh menghantar sms "monitor123456" ke gps untuk mendengar apa yang sedang berlaku di rumah anda secara live melalui HP anda.
Matikan mode ini ke "noshock123456" semula selepas selesai.


"monitor123456"

Digunakan sekiranya anda mahu mendengar perbualan yang sedang berlaku di dalam kereta anda secara langsung melalui hp anda. Cuma sms "monitor123456" ke gps anda. GPS akan jawab "monitor ok!". Seterusnya call saja GPS, anda akan menerima nada dering dan terus mendengar perbualan live dari mana-mana sahaja dalam Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Tukar semula mode ini ke "tracker123456" jika anda tidak mahu menggunakan lagi mode "monitor".

Anda hanya dibenarkan menggunakan mode ini di kereta anda sendiri kecuali anda seorang penyiasat baru boleh pasang di kenderaan suspek.

"time zone123456 +8" jika anda mahu menetapkan tarikh dan masa di GPS anda.


"imei123456" jika anda mahu melihat no siri GPS anda.

Cara untuk mengawal had laju kenderaan anda untuk mengelakkan terkena saman had laju.

Cuma sms "speed123456 090" ke GPS anda. Jika kenderaan dipandu melebihi 90 kmj, GPS akan menghantar maklumat kepada anda. Mode ini sesuai digunakan oleh pengusaha pengangkutan awam untuk mengelakkan kemalangan ataupun saman had laju kerana GPS menghantar laporan terus kepada anda selaku taukeh.

"password123456 334455" jika anda mahu menukar password kepada 334455.Untuk tujuan privasi, anda disyorkan tukar password. Password asal ialah 123456.

Jika GPS menghantar sms sos akibat anda tertekan butang SOS,  sila matikan melalui sms "help me!" ke GPS anda.

"reset123456" jika anda rasa perlu untuk mengembalikan GPS ke tetapan asalnya. Reset perlu dilakukan sekiranya GPS telah pincang tugas disebabkan terlalu banyak call dibuat kepadanya.
Selepas "reset" ,  anda perlu sms "begin123456" ke GPS untuk membolehkan GPS berfungsi semula.



SELAMAT BERBALAS  SMS DENGAN GPS ANDA SENDIRI

HANYA ADMIN YG BOLEH SMS KEPADA GPS.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA-CARA SETTING GPS SEBELUM DIGUNAKAN

KELEBIHAN GPS INI

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGESAN KENDERAAN ANDA?