BAGAIMANA CARA UNTUK MENGESAN KENDERAAN ANDA?


Hasil carian imej untuk gps tk103

1. Call ke nombor sim GPS yang dipasang di dalam kenderaan anda. Tamatkan panggilan setelah dapat voicemail. Anda juga boleh menghantar sms ke GPS untuk mengesan lokasi kenderaan melalui format ini:
fix060s001n123456

2. Tunggu sehingga GPS menghantar sms lokasi ke hp anda. Biasanya dalam tempoh 15 saat hingga 60 saat sahaja. Jika tiada liputan telefon , GPS mungkin lambat menghantar sms. Tetapi tetap akan diterima. Sebab operasi GPS TRACKER ini bergantung kepada liputan telefon dan liputan satelit.

3. Setelah menerima sms drpd GPS, sila klik url yang berwarna biru.Pastikan anda on location di hp pintar anda. Contoh sms location yg dihantar oleh GPS ke hp anda:
http://maps.google.com/maps?f=q&q=2.984347,102.172707&z=16



4. Kini anda boleh melihat di mana kenderaan anda berada melalui hp pintar anda. Cuma pastikan hp anda telah download "google maps".

Antara ciri-ciri unik:
  • SIRF3 Chip, modul Simcom300 GSM/GPRS
  • Pelbagai fungsi secara langsung seperti Sistem Auto-track, Pengintipan perbualan, 'pagar-geo' yang akan memberi amaran jika subjek memasuki kawasan diluar yang ditetapkan.
  • Pelbagai fungsi amaran seperti isyarat sebarang pergerakan, isyarat melebihi kelajuan yang ditetapkan (SMS amaran dikirimkan otomatik) serta amaran bateri lemah.
  • Memberi amaran jika subjek sasaran telah bergerak melebihi kelajuan yang telah anda tetapkan.
  • Gajet Anti-Kecurian yang berkesan untuk pencegahan kehilangan kenderaan ringan atau berat sekaligus memerangi kadar jenayah kecurian domestik.
  • Sesuai untuk pengendali kereta sewa atau pengurusan pengangkutan ulang-alik.
  • Mengawasi dan melindungi anak-anak dan isteri anda yang memandu bersendirian.
  • Memastikan anda selalu aman dan tenteram jika anda seorang ahli perniagaan yang selalu bergerak.
  • Menguruskan pekerja atau kakitangan anda dengan lebih efisien.
  • Menjejak kes jenayah secara rahsia.
  • Automatik memberi laporan kedudukan kordinat terakhir jika gagal mengesan kenderaan anda khasnya kenderaan logistik yang membawa muatan berharga.
  • Konfigurasi atau penetapan fungsi arahan melalui SMS atau melalui aplikasi perisian dari pemuka USB.
  • Butang SOS (jika berlaku kecemasan). Dalam kes penculikan contohnya, kordinat kedudukan anda akan dikirimkan ke telefon yang telah didaftarkan sebagai admin. Boleh daftar 5 admin untuk mengawal gajet ini. Andalah admin utamanya.


                   Hasil carian imej untuk gps tk103

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA-CARA SETTING GPS SEBELUM DIGUNAKAN

KELEBIHAN GPS INI