Selasa, 1 Ogos 2017

GPS TRACKER MODEL TK103 (JENIS PEMASANGAN TETAP)

KELENGKAPAN GPS TRACKER TK103 DI DALAM SATU PAKEJ
Terdiri daripada GPS, cable, antena satelit, antena GSM, mikrofon dan buku panduan penggunaan.BOLEH MENGGUNAKAN SEBARANG KAD SIM YANG TERDAPAT DI PASARAN SEPERTI CELCOM, MAXIS, DIGI, RED ONE, TUNETALK, ALTEL, UMOBILE ATAU ONE XOX. UNTUK LEBIH  PENJIMATAN, ANDA DISARANKAN MENGGUNAKAN  SIM ONE XOX ATAUPUN REDONE.

Hasil carian imej untuk gps tk103
SLOT SIM YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM GPS.
Fungsi sim ialah untuk menghantar sms ke pemilik kenderaan setelah satu call dilakukan ke nombor sim ini. GPS akan hantar kordinat satelit ke hp kita setelah lokasi kenderaan ditemui. SIM mestilah mempunyai kredit aktif. Contoh sms lokasi yang dihantar oleh gps

http://maps.google.com/maps?
f=q&q=2.984347,102.172707&z=16


Lokasi ini boleh dilihat secara langsung menerusi google maps yang terdapat di hp pintar anda. Pastikan google maps dimuat turun ke hp anda daripada playstore.
Hasil carian imej untuk gps tk103
ANTENA TELEKOMUNIKASI GSM DAN ANTENA SATELIT.
Berfungsi untuk menerima isyarat telefon dari menara telekomunikasi tempatan dan kordinat satelit yang dikirimkan oleh satelit yang terletak 400 km di angkasalepas. GPS berupaya mengesan apa jua lokasi kenderaan yang terdapat di Benua Asia termasuk utara Australia.

Hasil carian imej untuk gps tk103
DIAGRAM PEMASANGAN SISTEM GPS DI KENDERAAN.
Memerlukan dipasang terus dipunca kuasa yang hidup 24 jam spt di terminal bateri ataupun disambung di kotak fius. Memerlukan khidmat pemasangan daripada pusat wiring kenderaan atau kedai aksesori kenderaan.Sebaiknya disambung ke punca + dan - di bateri kenderaan anda untuk mengelakkan masalah gangguan sistem jika kenderaan anda menggunakan komputer box. Untuk memudahkan pemasangan,saya sarankan anda gunakan 2 wayar sahaja iaitu wayar negatif dan positif yg disambung terus ke terminal bateri dlm ruangan enjin. Tetapi body GPS dan 2 antena hendaklah ditempatkan dalam kabin kenderaan anda. Ini adalah kerana suhu di ruangan enjin panas dan mungkin terkena air . Tempatkan GPS anda di lokasi rahsia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MEMBUAT PEMBELIAN GPS

1. Pilih model GPS yang anda minati. 2. Bank in atau transfer bayaran ke akaun CIMB 7051230165 ikut harga model. Tambah RM10 utk kos pos. ...